Bilangan Pasukan Yang Bertanding Di Piala FAM Musim Depan Sangat Menyedihkan

Posted on 4 views
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM, Mohd Firdaus Mohamed mengesahkan hanya 6 pasukan yang sudah menghantar penyertaan untuk bersaing dalam liga divisyen 3 iaitu Piala Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk musim 2019.

Beliau bercakap kepada Berita Harian mendedahkan enam pasukan terbabit adalah Terengganu FC II (TFCII), ATM, Kuching FA, Young Fighters FC, Perlis dan MPKB.

Pada musim ini 14 pasukan telah bersaing dalam Piala FAM sebelum dua daripadanya digugurkan dan jumlah penyertaan terus jatuh mendadak untuk musim depan.

“Situasi ini menimbulkan kebimbangan kerana selama ini Piala FAM menjadi platform kepada pemain muda untuk mengembangkan potensi dan pemain lebih usia meneruskan karier mereka dalam bola sepak.

“Sepatutnya saingan ini disertai lebih banyak pasukan, selari dengan hasrat Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin namun sebaliknya yang berlaku.

“Jika ini terjadi, sudah tentu semakin kurang tempat untuk pemain beraksi dan menimbulkan persepsi negatif.

“Kita memikirkan nasib lambakan pemain Piala Presiden yang gagal menempatkan diri dalam pasukan utama. Jika ada banyak pasukan bertanding, setidak-tidaknya ia (Piala FAM) akan membuka banyak peluang kepada mereka,” katanya.

Terengganu City FC muncul sebagai juara Piala FAM 2018 selepas menewaskan Selangor United. FOTO: FAM

Firdaus turut mengharapkan pasukan negeri dapat membantu ‘membekalkan’ pasukan untuk saingan Piala FAM bagi musim depan sekali gus merancakkan lagi persaingan dalam pertandingan terbabit.

“Saya mengharapkan pasukan negeri yang tidak memiliki pasukan pembangunan dapat melaburkan sedikit bajet yang diperuntukkan untuk semusim bagi membentuk pasukan Piala FAM.

“Perbelanjaan bagi pertandingan itu tidak begitu tinggi, cukuplah dengan RM2 juta sudah mampu menguruskan pasukan,” katanya yang mengesahkan penyertaan masih dibuka sehingga akhir November ini.

Kelmarin, satu lagi pasukan Piala FAM, PJ Rangers sah menarik diri daripada saingan divisyen tiga itu untuk musim 2019.

Source : Semuanya Bola

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.