Bernardo Silva Tidak Nafikan Manchester United Masih Layak Menjadi Juara EPL

Posted on 4 views
Perancang Manchester City, Bernardo Silva yakin seteru mereka, Manchester United masih layak disebut sebagai calon untuk menjuarai saingan Liga Perdana Inggeris pada musim 2018/19.

Menurut Silva, walaupun United mengalami pelbagai permasalahan melibatkan pengurusan, pemain sehingga pihak tertinggi kelab, beliau masih percaya pasukan itu sedang dalam usaha memperbaiki segala kesulitan yang hadapi.

TURIN, ITALY – NOVEMBER 07: Jose Mourinho, Manager of Manchester United gives his team instructions during the UEFA Champions League Group H match between Juventus and Manchester United at Juventus Stadium on November 7, 2018 in Turin, Italy. (Photo by Shaun Botterill/Getty Images)

Mengulas mengenai pertemuan aksi derbi menentang Manchester United di Etihad 12 November ini, Silva menyifatkan perlawanan tersebut adalah penting bagi kedua-dua pasukan.

Jika Manchester United berjaya memenangi perlawanan tersebut, maka pasukan itu mampu mengekori rapat Manchester City dan sekali gus kembali membuka peluang untuk bersaing dalam perebutan gelaran liga.

“Kita tidak tahu itu. Apa yang pasti perlawanan ini adalah perlawanan penting,” jwab Silva di SkySport apabila diajukan soalan sama ada pertemuan derbi kali ini adalah sebahagian perlawanan penting bagi pasukan.

“Seperti pasukan lain, kami bermain untuk mendapatkan tiga mata.”

MANCHESTER, ENGLAND – NOVEMBER 04: Raheem Sterling of Manchester City celebrates with teammates after scoring his team’s fifth goal during the Premier League match between Manchester City and Southampton FC at Etihad Stadium on November 4, 2018 in Manchester, United Kingdom. (Photo by Clive Brunskill/Getty Images)

“Kami mahukan kemenangan setiap kali kami bermain di perlawanan liga (EPL) ataupun pertandingan lain.”

Kata Silva lagi, “Ia hanya tiga mata. Tetapi bagi peminat, ini adalah perkara paling bermakna kerana ia adalah perlawanan derbi dan menentang pasukan persaing kejuaraan.”

“Jadi, jika kami menang kami tidak hanya memperolehi tiga mata, tetapi juga berjaya mencuri tiga mata dari mereka.”

Pilihan utama Guardiola

Bernardo Silva meneruskan permulaan hebat pada musim ini apabila beliau sering menjadi pilihan utama pengurus pasukan, Pep Guardiola.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.