BAJET 2019 BAJET “SYOK SENDIRI”

Posted on 3 views

Bajet 2019 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan, YB Lim Guan Eng tidak menyeluruh dan beberapa golongan masyarakat tidak mendapat manfaat dari kerajaaan sebaliknya ia hanyalah ‘bajet syok sendiri’, kata Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Johor Bahru, Farid Firuz.

Ujarnya, Bajet 2019 tidak mengambil pendekatan menyeluruh dan percaya bahawa ia sukar untuk proses perlaksanaan kelak yang akhirnya akan sama seperti janji dalam manisfesto PRU14.

“Pembentangan bajet kerajaan adalah antara perkara yang dinantikan oleh rakyat Malaysia malah inilah peluang terbaik Kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk membuktikan mereka menepati janji dalam manifesto mereka.

“Namun apa yang dibentangkan jauh sekali dengan manifesto mereka dan ada yang tidak termasuk dalam bajet ini,” katanya dalam kenyataan kepada UMNO-Online hari ini.

Ujarnya, antara ‘Touch Point’ yang dibentangkan dalam bajet kerajaan 2019 adalah BR1M sedangkan dahulu BR1M ini dikatakan dedak, namun Kerajaan PH tetap memberikan bantuan ini dengan hanya mengubahkan nama kepada Bantuan Sara Hidup (BSH) dengan nilainya kurang.

“Berkenaan PTPTN, beberapa perkara yang dibentangkan adalah baik kepada PTPTN. Namun sebagai sebuah kerajaan yang telah menjanjikan beberapa perkara mengenai isu PTPTN, seharusnya menunaikan janji tersebut atau mencari jalan yang baik untuk peminjam PTPTN.

“Apa yang dijanjikan Kerajaan PH ini bertentangan dengan Janji 100 Hari PH,” ujarnya.

Jelasnya, sebelum ini PTPTN melaksanakan sistem bayaran balik melalui potongan gaji, namun ia bukanlah suatu yang wajib di atas peminjam; pembayaran balik dengan cara potongan gaji berjadual antara 2% hingga 15% daripada pendapatan bulanan peminjam melebihi RM1000 sebulan bermakna kerajaan mewajibkan potongan gaji kepada semua peminjam bergaji RM1000 ke atas.

“Ini menunjukkan apa yang dijanjikan oleh Kerajaan PH untuk memulakan bayaran balik ditangga gaji RM4,000 dengan sendirinya tidak dilaksanakan, sebaliknya mewajibkan pula potongan gaji bermula pendapatan RM1,000 ke atas.

“Janji PH adalah unutk menurunkan harga Petrol sekiranya mereka memiliki Putrajaya, tetapi lain pula jadinya setelah mereka menjadi Kerajaan.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.