Arja Lee Hos Travelog KENALI SEMPADAN

Posted on 7 views
Sepanjang 13 episod siarannya, program travelog diberi tajuk “Kenali Sempadan” ini turut memaparkan sejarah, mengenali keunikan dan keistimewaan sosiobudaya, sosioekonomi, bentuk muka bumi juga dialek pertuturan di sesuatu kawasan termasuk di sempadan Thailand, Brunei dan Indonesia secara lebih dekat.

Arjaa Lee...hos Kenali Sempadan

Arjaa Lee Hos Travelog KENALI SEMPADAN di TV1

Menemui penonton mulai 14 November ini, setiap Rabu, pukul 4.05 petang di TV1, ikuti perjalanan Arjaa Lee mengunjungi Kampung Janda Baik, Bentong, Pahang sebuah daerah yang bersempadan dengan daerah Gombak di negeri Selangor.

Beliau menemubual Ketua Kampung Janda Baik mengenai asal-usul perkampungan yang penduduknya adalah berketurunan Minang. Sumber ekonomi penduduk di sini berasaskan pertanian dan pelancongan. Penduduknya mengeksploitasi sumber alam dengan sebaiknya.

Perjalanan diteruskan ke Kodiang, Kedah dan mengunjungi Gua Kerbau iaitu sebuah tempat kunjungan para pelancong kerana keunikannya. Mengikut mitos, nama Gua Kerbau dipercayai diambil dari peristiwa seekor kerbau jantan yang menjadi batu setelah membunuh ibunya. Penduduk-penduduk di sini berasal dari keluarga di raja Kedah, Perlis atau Selatan Thailand berpandukan kepada pangkal kata nama iaitu Ku atau Wan.

Sementara itu mereka kemudiannya singgah di Daerah Kerian, Perak yang bersempadan dengan Nibong Tebal, Pulau Pinang dan Bandar Baru, Kedah. Ia dipisahkan oleh Sungai Kerian. Majoriti penduduk Kerian terdiri daripada etnik Banjar yang berpindah dari Banjarmasin sekitar kurun ke 19. Kebanyakan masyarakat Banjar bekerja sebagai petani dan perladangan.

Kota Kuala Muda, Kedah dan Galeri Tsunami 2004 destinasi seterusnya yang mempamerkan peristiwa bergambar bencana tsunami yang melanda Kuala Muda. Sempat merasa laksa kedah di Tanjung Dawai sambil menjamu mata di sebuah arked yang banyak menjual barangan hasil laut.

Episod berikutnya di Daerah Tanjung Malim, Perak yang bersempadan dengan Hulu Bernam, Selangor. Kedua-dua daerah ini dipisahkan oleh Sungai Bernam. Tanjong Malim dikenali dengan jolokan bandar ilmu kerana ia mempunyai salah satu pusat pendidikan tertua di negara ini iaitu Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.