Ahli Bomba Ini Azan kan Bayi Baru Lahir Ini. Kisah Bayi Ini Dilahirkan Pasti Menyentuh Hati Anda ~ Bulletin Media

Posted on 4 views

Ahli Bomba Ini Azan kan Bayi Baru Lahir Ini. Kisah Bayi Ini Dilahirkan Pasti Menyentuh Hati Anda

Ahli Bomba Ini Azan kan Bayi Baru Lahir Ini. Kisah Bayi Ini Dilahirkan Pasti Menyentuh Hati Anda
Ahli Bomba Ini Azan kan Bayi Baru Lahir Ini. Kisah Bayi Ini Dilahirkan Pasti Menyentuh Hati Anda

“DALAM keadaan panik, saya hanya terfikir untuk membawa anak yang sarat untuk bersalin ke Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya untuk mendapatkan bantuan ke hospital kerana keadaan trafik yang sesak menuju ke Kuching.“Alhamdulillah, hanya beberapa minit selepas anak saya dimasukkan ke dalam jentera Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS), anak saya selamat melahirkan bayi perempuan tanpa sempat kenderaan itu bergerak keluar dari balai bomba,” kata Suraya Drahman, 51.

ARTIKEL MENARIK: Mak Ayah Sangat Miskin & OKU. Adik Ni Berjaya Hafal 30 Juzuk Al-Quran. Tapi Hanya Ini Yang Dimintanya..


Anak perempuanya, Nurul Jasmin Abdul Malik, 23, melahirkan bayi perempuan itu di dalam jentera ERMS, 7 pagi semalam ketika mahu mendapatkan bantuan bomba untuk membawanya ke Hospital Umum Sarawak (HUS) di Kuching untuk bersalin.

BAYI perempuan yang selamat dilahirkan dalam jentera Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) Jabatan Bomba dan Penyelamat Petra Jaya. FOTO ihsan BombaMenceritakan semula detik itu, Suraya berkata, anaknya mengadu sakit untuk bersalin pada 4 pagi sebelum dia dan menantunya Mohd Rayyan Abdullah, 23, bergegas dari kediaman mereka di Kampung Budaya, Santubong membawa anaknya ke HUS pada 6.30 pagi.

Menurutnya, keadaan trafik ke bandar Kuching ketika itu sesak menyebabkan beliau panik kerana keadaan anaknya yang sudah hampir bersalin sebelum membuat keputusan menuju ke BBP Petra Jaya untuk mendapatkan bantuan pada 6.50 pagi.

“Saya berlari ke pejabat am balai bomba sebelum mengetuk pintu. Seorang pegawai keluar sebelum meminta anak saya dibawa ke perkarangan balai bomba untuk dihantar ke hospital menggunakan kenderaan ERMS.

“Dengan bantuan anggota bomba, anak saya diangkat masuk ke dalam kenderaan ERMS namun tidak sempat kenderaan itu keluar dari perkarangan balai, anak saya selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.9 kilogram,” katanya kepada NSTP, hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.