6 Barangan Dapur Yang Boleh Digunakan Untuk Cerahkan Semula Kuali Berkerak Supaya Nampak Bersinar Seperti Baru Beli ~ Bulletin Media

Posted on 6 views

6 Barangan Dapur Yang Boleh Digunakan Untuk Cerahkan Semula Kuali Berkerak Supaya Nampak Bersinar Seperti Baru Beli

6 Barangan Dapur Yang Boleh Digunakan Untuk Cerahkan Semula Kuali Berkerak Supaya Nampak Bersinar Seperti Baru Beli
6 Barangan Dapur Yang Boleh Digunakan Untuk Cerahkan Semula Kuali Berkerak Supaya Nampak Bersinar Seperti Baru Beli

Alat memasak yang selalu kita gunakan mesti telah digunakan berkali-kali, dan telah lama. Tetapi, ianya masih elok lagi untuk digunakan, walaupun mempunyai karat, serta kesan kerak yang melekat pada permukaan kuali dan periuk.Bila dah macam ini, mestilah nak disental dengan kuat, lagi-lagi kalau dah terlalu lama, dan kerak tersebut mula menebal.

Bukan itu sahaja, bila dah nak dekat raya, mesti nak semuanya nampak baru, biar pun tak dapat beli yang baru, tapi kalau dah berkilat, pastinya memuaskan hati, dan berkobar-kobar nak memasak juadah hari raya.

Anak-anak yang ada dekat rumah pun, mestilah hairan, dan mereka pun akan seronok nak tolong, mana tidaknya, bila sesi membasuh periuk belanga nanti tidaklah terlalu sukar, sebab kerak dan karat dah tak ada.

ARTIKEL MENARIK: Lelaki Ini Kongsi Tips Rawat Buasir Yang Tidak Perlukan Wang Yang Banyak. Ramai Tidak Tahu Khasiat Makhluk Allah Ini

Kali ini, admin nak kongsikan cara bagaimana kita boleh hilangkan karat dan kerak dengan mudah.

1. Asam limau

Manfaat-dan-Khasiat-Limau-Nipis.jpg?resi

Ini selalunya kita gunakan nak hilangkan minyak kan, tapi sebenarnya boleh juga untuk hilangkan karat, atau kerak.

Sediakan air rendaman, yang ada perahan limau, dan buahnya sekali, jangan lupa campurkan dengan sabun pencuci sekali, untuk lebih berkesan.

Lepas tu, rendan seketika periuk belanga yang berkerak tu, kemudian, bolah la perlahan-lahan sental, dengan pencuci dawai halus tu, sentalkan juga dengan limau tadi.

2. Kentang

aid743907-v4-900px-Remove-Rust-from-Pots

Ini agak luar biasa sedikit, ingat benda lembut tak boleh buat kerja macam ini.

Apa yang anda boleh buat, potong separuh kentang tersebut, lepas tu, taburkan ‘baking soda’ (kalau tak ada, guna sabun cuci atau pun garam juga boleh).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.